Monday, August 18

rahsie tarikh lahir..




1hb... Kamu seorang yang tidak tetap pendirian terutamanya dalam soal cinta. Kadangkala pilihan yang kamu buat itu bukanlah yang terbaik. Sebab itu cinta kamu mudah beralih arah bila terasa tidak wujud keserasian.

2hb. Berbeza dengan mereka yang dilahirkan pada 1hb, kamu yang dilahirkan pada tanggal 2hb cukup tegas orangnya dan keputusan kamu sukar digugat termasuklah soal cinta. Sekali kamu mengatakan tidak, tiada siapa yang mampu mengubahnya.

3hb. Kamu seorang yang cukup bersemangat dalam. menjalani kehidupan. Kamu memerlukan cinta dalam hidup namun sikap kamu yang seolah tak endah dan sukar untuk meluahkan apa yang kamu rasa membuatkan kamu segan untuk didekati.


4hb. Dikatakan kamu yang dilahirkan pada 4hb ini terlalu suka mengikut perasaan dan kata hati. Sebab itulah tidak hairan bila kamu sering tersilap membuat keputusan yang kadangkala kamu sendiri kesali. Selalu saja cinta kamu hinggap pada tempat yang salah.

5hb. Awas! Kawal perasaan cemburu yang kamu miliki itu kerana ia boleh memburukkan diri kamu sendiri. Namun kebaikan kamu, bersifat pelindung kepada orang-orang yang kamu sayangi.

6hb. Kamu disukai ramai kerana personaliti kamu yang cukup menarik hati. Tidak hairanlah bila ramai yang cuba menawan hati kamu. Walau bagaimanapun, bagi kamu banyak lagi perkara penting selain cinta.

7hb. Kamu seorang yang happy go lucky dan gemar berseronak. Namun sikap kamu yang agak berhati-hati dalam memilih teman membataskan pergaulan kamu. Begitu juga soal percintaan. Kamu ni pemilih sangat!

8hb. Kamu seorang yang romantis. Wah! beruntungnya siapa yang menjadi pasangan kamu nanti. Namun kamu mementingkan cinta sejati bukannya nafsu semata-mata saja!

9hb. Nampaknya kamu ni seorang yang amat menjaga personaliti dan keterampilan diri di mata orang ramai. Maintain vouge manjang! Dalam soal cinta, sudah tentu kamu ingin yang setaraf juga.

10hb. Kamu yang dilahirkan pada tarikh ini seorang yang sangat mementingkan keluarga daripada segala-galanya di dunia ini. Kamu gembira dalam keriuhan keluarga yang besar. Namun sikap ini kadangkala membuatkan buah hati terasa diri terpinggir!

11hb. Nampaknya kamu ni seorang yang amat berdisiplin dalam mengatur kehidupan kamu seharian. Sebab itulah kamu juga mengharap si dia juga bersikap demikian. Namun, tidakkah kamu terfikir, kadangkala hidup ini terasa boring bila terlalu mengikut peraturan??? ??

12hb. Kamu seorang yang setia dalam perhubungan. Sekali kamu memberikan komitmen, selamanya kamu akan setia. Namun jangan tak tahu, ramai yang masih menaruh minat padamu walaupun tahu kamu sudahpun berpunya!!

13hb. Kamu seorang yang sering berfikir ke arah yang positif sahaja. Sebab itulah kamu disukai ramai. Namun dalam masa yang sama, kamu sering tunduk dan tidak tahan dengan tekanan! Dari segi hubungan cinta, kamu amat pandai menjaga perhubungan.

14hb. Hebat! Bagi kamu, karier/pelajaran adalah segalanya dalam hidup. Sebab itulah kamu tidak menerima mana-mana huluran cinta daripada sesiapa. Cinta dan perkahwinan adalah perkara terakhir dalam senarai hidup kamu!!

15hb. Kamu yang dilahirkan pada tarikh ini suka mengubah keputusan kamu secara tiba-tiba. Namun apabila kamu membuat keputusan, kamu akan terus bertindak. Punca pergaduhan antara kamu dan si dia, sikap kamu ini yang suka membuat tindakan last minutes.

16hb... Kamu ini seorang yang moody rupanya.... Sekejap mood kamu okey dan sekejap pula kamu marah-marah. Ini membuatkan tekanan dan si dia boring dengan sikap kamu itu. Cuba kawal sikit.

17hb. Kamu lebih suka mejaga hati orang lain berbanding hati kamu sendiri... Namun sikap penting yang kamu tonjolkan membuatkan orang tidak tahu perasaan sebenar kamu.

18hb. Kamu ni sangat perahsia orangnya lebih-lebih lagi soal perasaan dan cinta. Kamu lebih suka memendam perasaan hingga mendatangkan tekanan pada diri kamu. Dalam perhubungan cinta, mereka sukar untuk melafazkan kata sayang.

19hb. Kamu bersikap berhati-hati dalam setiap apa yang kamu lakukan termasuklah menjalinkan perhubungan cinta. Biasanya kamu lebih suka mulakan dengan persahabatan sebelum menjadi serius.

20hb. Kamu ini terlalu banyak permintaan. Ada sahaja yang kamu inginkan. Sebab itulah sering timbul pergaduhan dengan si dia bila kamu asyik minta itu dan ini. Kamu sepatutnya tengok dulu kemampuan si dia!!!

21hb. Sikap kamu yang cool, tenang dan seolah tak kisah membuatkan orang lain ambil mudah terhadap diri kamu. Begitu juga si dia. Lebih baik kamu berterus terang jika ada perbuatan si dia yang kamu tidak suka sebelum terlambat.

22hb. Kamu yang lahir pada tanggal ini seorang yang amat bercita-cita tinggi dan mempunyai impian hidup sendiri. Dalam soal cinta, kamu akan memilih seseorang yang kamu akan rasa selamat bila berada di sampingnya.

23hb. Sikap kamu yang kelakar dan riang membuatkan orang suka mendampingi kamu. Malangnya kamu sering terasa bosan bila berada di samping teman-teman dan sidia. Jangan begitu, kadangkala kita perlu serius dalam hidup.

24hb. Kamu seorang yang mementingkan diri sendiri. Dalam perhubungan cinta, kamu terlalu takut dilukai hingga membuatkan kamu bersifat menggongkong si dia.

25hb. Bila menyentuh soal cinta, kamu sukar mempercayai lelaki/perempuan yang bagi pendapat kamu ramai yang lebih suka mempermainkan kaum sejenis kamu. Kalau tak mencuba, bagaimana nak tau kan ?????

26hb. Kamu harus ubah sikap kamu ini yang dikatakan tidak serius dalam perhubungan yang dijalinkan. Malah kamu lebih mementingkan keseronokan saja!!!!

27hb. Kamu sukar untuk menaruh kepercayaan kepada orang lain walaupun kekasih kamu sendiri. Tak baik wasangka !!!!

28hb. Kamu suka diri kamu menjadi perhatian ramai dikalangan teman-teman. Namun kadangkala di dalam keghairahan bila menjadi tumpuan, kamu meminggirkan sidia tanpa disedari.

29hb. Kamu tidak akan menjalinkan sebarang komitmen dengan sesiapa saja selagi kamu tidak puas hati dengan apa yang kamu miliki.

30hb. Kamu seorang yang keras kepala. Ini juga punca pergaduhan kamu dengan si dia kerana kamu sukar untuk beralah!!!!

31hb. Terlalu banyak yang kamu impikan dalam hidup. Jangan begitu, hargai apa yang kamu miliki sekarang termasuk si dia yang setia!!! <----- my bDay..!!!!!!!!!!!!!


" be in l0ve with y0ur life..."

menara tertinggi di dunia


burj dubai menara tertinggi di dunia..
ketinggian mencecah 800m..
dalam proses pembinaan..
k0wg tgk la kLcc..
sparuh dr burj dubai 2..
weh gayat aku klu nek tpt 2..
xsg0p...........................



" be in l0ve with y0ur life..."

kemukjizatan al-Quran





Di dalam rumah seorang muslim bernama En. Md. Farooq, penduduk

Tappachabutra, Hyderabad , ANAI - ANAI telah memakan sebuah AL-QURAN

yg berusia 100 tahun....keseluruhan kulit naskah Al Qur'an dan kotak

yang melindungi AL Quran tersebut telah ROSAK / HAMPIR MUSNAH kerana

dimakan oleh ANAI - ANAI termasuklah 'TERJEMAHAN AL QURAN TERSEBUT KE

DALAM BAHASA URDU'..... APA YANG MENAKJUBKAN ialah....anai-anai tersebut

LANGSUNG TIDAK MENYENTUH 'HURUF-HURUF ASAL AL-QUR'AN YG BERTULIS DALAM

BAHASA ARAB'









p/s; thanks abg.. 4 ur inf0rmati0ns..


" be in l0ve with y0ur life..."

teka-teki..meh la pecahkn pale..


jgn trtekan sgt..kt bwh ade jwpn..huk3

Dalam byk2, Kain apa yang paling berat di dunia? *

Soalan matematik, 2 apek tolak 1 nyonya jadi apa? *

Ibunya satu, anaknya beribu, apa dia? *

Kalau 1 + 1 = 2, jawapan lain dia apa? *

Ibunya diurut, anaknya dipijak. *

Pokok apa bila manusia nampak dia lari? *

Lagu apa yang semua orang di dunia ini boleh menyanyikannya? *

Air apakah yang paling berani sekali? *

Sungai apa yang paling kurus di dunia? *

Sungai apakah yang tiada air? *

Buah apa bila dia masak dia timbul? *

Kalau semua manusia jadi ikan, ikan jadi apa? *

Apakah persamaan antara ikan kod dengan kod gitar? *

Jawapan..
1.Kain songket cap Gajah Duduk. 2.Jatuh la nyonya tu... 3.Penyapu 4.Jawapan lain salah la... 5.Tangga 6.Pokok nak tumbang la... 7.Lagu 'Happy Birthday' 8.Air terjun 9.'Slim River' 10.Sungai di dalam peta 11.Buah Melaka 12.Jadi banyak la... 13.Kedua-duanya boleh digoreng



" be in l0ve with y0ur life..."

fakta-fakta menarik..




1. Rama-rama merasa makanannya dengan kaki.


2. Bunyi itik tidak menghasilkan talun (echo).


3. Dalam tempoh 10 minit, taufan membebaskan lebih banyak tenaga berbanding keseluruhan tenaga yang boleh dibebaskan dari senjata nuklear yang terdapat di bumi.


4. Secara purata, ramai manusia lebih takut labab-labah daripada takut mati.


5. Gajah adalah satu-satu mamalia yang tidak boleh melompat.


6. Satu dari dua billion manusia akan dapat hidup sehingga 116 tahun atau lebih.


7. Tidak mustahil bagi lembu menaiki tangga, tetapi ia tidak boleh menuruni tangga.


8. Wanita berkelip mata dua kali lebih banyak dari lelaki.


9. Secara fizikal semulajadi, adalah mustahil untuk anda menjilat siku sendiri.


10. Siput boleh tidur sehingga tiga tahun.


11. Saiz mata manusia tetap sama sejak dilahirkan, tetapi tumbesaran hidung dan telinga tidak pernah berhenti sewaktu hidup.


12. Semua beruang kutub adalah kidal.


13. Mata burung unta adalah lebih besar dari saiz otaknya.


14. TYPEWRITER adalah perkataan terpanjang yang boleh dibina dari huruf-huruf yang terdapat dalam satu barisan yang sama pada papan kekunci.


" be in l0ve with y0ur life..."

Tuesday, July 29

cpecel video 4 u guys...

nah..cpecel tuk korg..
hukhuk..enjoy k..
tgk la kesengalan bebudak ni..
ape nk jadi pn xtaw..
hek...


" be in l0ve with y0ur life..."

Saturday, July 26

exercise 2 cSc 1012

.Contoh animasi yang menggunakan IT.

Information Technology atau lebih dikenali sebagai IT amat penting di dalam era 21 ini dan yang pastinya untuk era akan datang dimana IT banyak membantu dan melengkapkan kehidupan manusia seharian..

Saya memilih profesion 3D Animation. Di dalam bidang ini, ia sangat memerlukan peralatan teknologi yang sangat tinggi untuk menghasilkan animasi yang sangat cantik dan realistik. Dimana jika dibandingkan dengan zaman dulu sebelum adanya IT ini, animasi yang ada hanyalah lukisan biasa dan tiada effect (kesan khas) yang membuatkan sesuatu animasi itu nampak lebih terserlah dan menarik.

Contohnya, untuk menjadikan sesuatu animasi itu sebagai sebuah animasi yang mempunyai kesan khas dan penuh dengan unsur multimedia, banyak teknologi yang digunakan antaranya alias maya, alias sketchbook, particle illusion, macromedia flash, dan macromedia dreamweaver. Semua teknologi ini berfungsi untuk menjadikan sesebuah animasi itu bergerak secara realistik (3D), serta memberikan kesan khas. Contohnya apabila kita melihat manusia yang merupakan animasi itu sedang menembak, melalui teknologi ini ia dapat memberikan kesan dan membuatkan penonton merasai effect yang ada.

Selain itu, dalam pembikinan video segala editing akan dilakukan dengan menggunakan adobe premier dan ia secara tidak langsung sangat membantu urusan pakar2 animasi ini dalam mengubah, menambah atau membuang video yang telah mereka ambil untuk melakukan animasi yang sempurna. Jika dibandingkan dengan zaman dulu (tanpa IT), untuk menghasilkan video yang sempurna amatlah susah, dan jika berjaya pun memerlukan masa yang agak panjang untuk menyiapkannya dan ia agak membuang masa berbanding setelah adanya IT ini.

Di samping itu, suara adalah salah satu kesan yang dapat menghidupkan animasi-animasi tersebut dimana sony sound forge adalah salah satu teknologi yang dapat menyempurnakan sesebuah animasi. Rakaman suara yang dibuat hendaklah ada unsur penelitian yang tinggi dan melalui teknologi sony sound forge, editing dan adding dapat dilakukan dengan mudah dan segala kecacatan pada suara dapat dikesan dengan mudah.

Maka dengan adanya teknologi, animasi-animasi yang terdapat di dunia ini akan berkembang dengan lebih pesat lagi dan dapat memudahkan segala urusan editing, adding, recording, saving and also producing dapat dilakukan dengan lebih mudah berbanding zaman dulu yang tiada IT. Segala teknologi yang terdapat di dunia ini adalah penting dan secara tidak langsung dapat membantu menyempurnakan dan memajukan lagi kehidupan kita di dunia ini menjadi sebuah negara maju IT.InsyaAllah.

" be in l0ve with y0ur life..."